Pembayaran zakat fitrah mengikut jenis beras yang anda makan melalui “Snap N Pay”.?
RM7.00 – Beras Super Special Tempatan 5%
RM14.00 – Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi dan Beras Herba Poni.
RM21.00 – Beras Basmathi, Beras Jepun dan Beras Merah
Untuk kaedah yang mudah, cepat dan selamat, kami amat menggalakkan anda membuat pembayaran zakat fitrah secara atas talian.
Antara platform pembayaran atas talian yang disediakan MAIPk adalah melalui aplikasi SnapNPay. Ikuti langkah mudah yang berikut:
1. Log masuk aplikasi SnapNPay dan pilih ‘Zakat Fitrah’.
2. Klik ‘Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak’.
3. Isi maklumat dengan lengkap dan masukkan jumlah bayaran, tanggungan dan pilih ‘Bayar’
4. Klik “Bayar”, pilih Laman FPX
5. Pilih bank dan “Proceed” untuk proses bayaran.
Tahniah! Selesai sudah kewajipan anda menunaikan zakat fitrah. Semoga zakat fitrah yang anda tunaikan bersama-sama MAIPk diterima Allah SWT dan beroleh sebaik-baik ganjaran daripada-Nya.