Berita 08-12-2022

PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA MAJLIS DAERAH LENGGONG BIL 3 TAHUN 2022


RABU, 7 Disember 2022

Bertempat di Dewan Merdeka Lenggong telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan kakitangan Majlis Daerah Lenggong yang telah dihadiri oleh Yang Dipertua, Tuan Mohd Amzari bin Mohd Arzami, Ketua-ketua Jabatan Majlis Daerah Lenggong serta keseluruhan warga kerja Majlis Daerah Lenggong.

Antara intipati utama Perhimpunan Bulanan diadakan ialah penyampaian amanat daripada Tuan YDP, sesi pengenalan diri Pelajar Latihan Industri serta penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan Majlis yang telah bersara dan kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan kerana berpindah.

Dengan adanya program Perhimpunan Bulanan ini, silaturrahim dalam kalangan warga kerja MDL dapat dieratkan lagi demi sama-sama berusaha dalam mencapai satu hasrat yang sama iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh masyarakat Lenggong.