Berita 14-06-2022

Penjaja Jualan Makanan Dan Minuman Di Program Outdoor Festival 2022 Resort Tasik Raban

news
Pihak Majlis mencari 10 penjaja jualan makanan dan minum bagi Program Outdoor Festival Resort Tasik Raban yang akan berlangsung pada 30 Jun hingga 3 Julai 2022. Tapak terhad kepada 10 tapak sahaja. Kepada yang berminat mohon hubungi nombor yang tertera dengan segera.

Untuk makluman, Outdoor Festival 2022 merupakan festival bertemakan outdoor yang pertama kalinya diadakan di Malaysia yang menggabungkan komuniti sukan, berbasikal, pendakian, khemah, kesihatan, musik, sukan lasak dan pelbagai lagi cabang aktiviti riadah di dalam satu acara.

Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan sepanjang festival berkenaan dan akan berlangsung di keseluruhan Daerah Kecil Lenggong.

Layari https://outdoorfest.my/ untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut.
Ikuti kami di
Instagram;
Jumpa anda di sana!