Berita 03-06-2022

LAPORAN GOTONG ROYONG PERDANA WABAK DENGGI BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAERAH HULU PERAK

news

Aktiviti Gotong Rotong Perdana Wabak Denggi Kawasan Lenggong. Terima kasih di atas kerjasama semua agensi yang menjayakan aktiviti ini.

LAPORAN GOTONG ROYONG PERDANA WABAK DENGGI BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAERAH HULU PERAK
TARIKH: 01/06/2022
MASA: 8.30 PAGI
MUKIM: Lenggong
KAWASAN TERLIBAT: Pekan Lenggong, Taman Adika Raja, Back Lane East, Back Lane West & Kg. Sira
ANJURAN: Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak
DENGAN KERJASAMA:
Pejabat ADUN Kota Tampan, Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, Majlis Daerah Lenggong, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, COMBI Taman Adika Raja, Bomba dan Penyelamat Lenggong, POLIS Diraja Malaysia, Kelab Rukun Tetangga Pekan Lenggong dan Puncak Emas.

LATAR BELAKANG:
Taman Adika Raja Meor Yahya telah diisytiharkan sebagai lokaliti Wabak Denggi pada 20 Mei 2022. Terdapat seramai tiga (3) kes telah didaftarkan dalam tempoh Wabak Denggi ini.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Hebahan Kesedaran berkenaan Penyakit Demam Denggi dan keperluan menghapuskan tempat pembiakan Nyamuk Aedes kepada semua penduduk sekitar melalui hebahan bergerak oleh kenderaan jabatan (bantuan kenderaan Majlis Daerah Lenggong)
2. Edaran Abate dan risalah berkaitan dengan Demam Denggi.
3. Aktiviti pembersihan tempat kediaman di jalankan secara kendiri oleh semua penduduk
4. Penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyelesaikan isu saliran longkang dan kebun haram yang tidak diselenggara dengan baik.

PENGHARGAAN:
Terima kasih kepada semua penduduk dan PBT dalam membantu menjayakan program ini.
Aktiviti pemusnahan tempat pembiakan ini tidak hanya terhenti di sini, tetapi perlu dijalankan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu bagi mengurangkan populasi nyamuk Aedes dan pada masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan Demam Denggi.