Buang Sampah ke dalam Tong Sampah.
MD Lenggong memohon semua warga Lenggong agar dapat membuang sampah ke dalam tong sampah. Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Jadikan budaya membuang sampah ke dalam tong sampah sebagai amalan kita.
Untuk makluman, terdapat tong sampah jenis roro di belakang Pasar Awam Lenggong. Semua peniaga dan orang awam perlu membuang sampah ke dalam tong roro tersebut (rujuk gambar di bawah).
Tapak lama tong sampah adalah di tepi Pasar Awam Lenggong tidak lagi menjadi tempat pembuangan sampah kerana kawasan yang agak sempit dan menganggu kesesakan lalu lintas pada waktu pagi di kawasan tersebut.
Mohon jasa baik semua peniaga dan orang awam di kawasan Lenggong memberikan kerjasama yang baik dan dapat membuang sampah terus ke dalam tong sampah.