Artikel & Berita
| Berita | 2 min tempoh bacaan
KARNIVAL JERAI GEOPARK DAN PERASMIAN KOMPLEKS PELANCONGAN SUNGAI MERBOK SEBAGAI PUSAT PENEROKAAN JERAI GEOPARK


Sekitar program Karnival Jerai Geopark Warisan Selayar anjuran Jerai Geopark dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), beberapa agensi kerajaan dan NGO yang lain di Kompleks Jeti Semeling. Karnival berlangsung selama tiga hari bermula dari 24 β 26 November 2023.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Y.Bhg. Datoβ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa DSSS., AMK., BCK. hadir merasmikan Karnival Jerai Geopark Warisan Selayar pada hari kedua karnival berlangsung. Y.Bhg. Dato' Timbalan SUK juga turut merasmikan Kompleks Pelancongan Sungai Merbok (Jeti Semeling) sebagai Pusat Penerokaan Jerai Geopark.
Turut hadir Yang Dipertua MPSPK Dato Haji Muhamad Arof Bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Pegawai-Pegawai Daerah, Pengarah-Pengarah Kerajaan Persekutuan, wakil-wakil agensi kerajaan dan NGO berkaitan serta pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua bahagian dalaman MPSPK.
Unit Warisan dan Pelancongan Majlis Daerah Lenggong mewakili Majlis Daerah Lenggong telah dijemput untuk membuka booth pameran untuk mempromosikan produk pelancongan Lenggong serta Lenggong Geopark.
















