INFORMASI SEMASA

Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2023 (HBPS) Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA TAHUN 2023 (HPBS) PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

SERI ISKANDAR, 25 November 2023 – Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2023 (HPBS) Peringkat Negeri Perak bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar, Perak. Program ini merupakan anjuran bersama di antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Majlis Daerah Perak Tengah, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perak Tengah.

405737116_661673179489866_2818745202968173158_n.jpg

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, YBrs. Gs Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan, Dato’ Mohamad Fauzi bin Mahson, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, YBrs Tuan Haji Mohd Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Tanah Daerah dan seterusnya Puan Zairina binti Nordin, Yang DiPertua Majlis Daerah Perak Tengah.

Acara komuniti telah diadakan seperti Program Selangkah Ke Menara Gading, Kempen Pertanian Komuniti, Program Kitar Semula, Pameran HPBS 2023.

Sambutan HPBS juga turut menganjurkan Pertandingan Memancing, Pertandingan Pelan Susun Atur, Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia dan Pertandingan Memasak Komuniti Sejahtera, Komunit Bahagia yang disertai oleh pelbagai lapisan komuniti di sekitar Daerah Perak Tengah khususnya serta Negeri Perak amnya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran dan penglibatan Ketua-ketua Jabatan, agensi peringkat persekutuan, negeri dan daerah serta pemimpin masyarakat termasuklah komuniti.

Semoga penganjuran Sambutan HPBS 2023 Peringkat Negeri Perak ini membawa seribu makna kepada para peserta dan jemputan tentang kepentingan perancangan bandar dan desa.

Sumber: PlanMalaysia