19 September 2023 (Selasa) I Majlis Daerah Lenggong
Yang Dipertua, Tuan Mohd Amzari bin Mohd Arzami telah mengetuai MD. Lenggong dalam sesi perbincangan dua hala bersama Timbalan Rektor HEP, Prof Madya Sr Dr Mohd Azian bin Zaidi daripada UiTM Perak.
Turut hadir daripada kedua-dua pihak adalah :
1. Encik Muhammad Khairul Ameer bin Abbas, Setiausaha Majlis Daerah Lenggong;
2. Puan Nurul Atiqah binti Ibrahim Rasdi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Lenggong;
3. Encik Mohd Shahril bin Abd Rashid, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar UiTM Perak.
Pihak MDL mengucapkan berterima kasih atas kunjungan hormat Timbalan Rektor HEP, Prof Madya Sr Dr Mohd Azian bin Zaidi serta pegawai daripada UiTM ke Majlis Daerah Lenggong. Semoga perbincangan dua (2) hala akan memberi impak serta hubungan akrab yang sedia terjalin.