Majlis Pemasyuhran Lenggong Geopark Dan Perasmian Galeri Lenggong Geopark

| Berita | 1 min tempoh bacaan

9 MAC 2024 (SABTU)

DATARAN KOTA TAMPAN & GALERI LENGGONG GEOPARK

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pemasyhuran Lenggong Geopark dan merasmikan Galeri Lenggong Geopark di Dataran Kota Tampan, di sini.

gallery-61ac37b866979a52ef11cb04-1710225158512-9.jpeg

Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; Yang DiPertua Dewan Negeri, YB Dato' Mohd Zahir bin Abdul Khalid dan isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah; YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad;

gallery-61ac37b866979a52ef11cb04-1710225158511-6.jpeg

Turut hadir, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Orang Besar-Orang Besar Jajahan Negeri Perak; YBrs. Pegawai Daerah Hulu Perak merangkap Pengurus Lenggong Geopark, Encik Zairasyahli bin Zakaria serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Pada majlis tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan turut berkenan melakukan lawatan ke reruai-reruai yang disediakan bagi melihat pameran berkaitan geopark daripada wakil-wakil negeri antaranya Kenyir Geopark; Langkawi Georpark; Kinabalu Geopark; Sarawak Delta Geopark dan lain-lain.

Dalam perkembangan sama, Galeri Lenggong Geopark telah dibuka secara rasmi pada 16 Disember tahun lalu dengan tujuan menyediakan maklumat sempadan geologi yang mempunyai penarafan antarabangsa dan secara harfiahnya menunjukkan kewujudan serta penyusunan pengembangan ketamadunan manusia awal yang wujud di Lenggong




Portal KPKT
Portal Perak
Portal Mampu
Portal MSC
Portal myGov
Portal Pemandu
mdl-logo
Perlukan bantuan? Mulakan perbualan anda
Khidmat Pelanggan
Start Chat
Perlukan bantuan?