Telah berlangsung Karnival Usahawan Cilik pada 24 September 2023 anjuran Sekolah Rendah Kebangsaan Lubuk Kawah.
Majlis Daerah Lenggong telah dijemput oleh pihak penganjur untuk membuka booth pameran. Selain daripada booth pameran, Unit Warisan & Pelancongan yang merupakan wakil dari Majlis Daerah Lenggong turut melakukan aktiviti teka silang kata berkenaan produk pelancongan yang berada di Lenggong. Di samping itu, terdapat aktiviti menarik seperti senamrobik, sukan memanah, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi kerajaan dan swasta, persembahan kebudayaan pelbagai bangsa, gerai jualan makanan dan minuman dan banyak lagi.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Puan Azirawati Binti Bahari merangkap Pegawai SISC+ PPD Hulu Perak. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penganjur, pempamer dan peserta kerana memberi komitmen dan berbesar hati mengikuti Karnival Usahawan Cilik 2023.