Cukai Taksiran Am

Majlis Daerah Lenggong

Pengenalan

Cukai Taksiran Harta ialah cukai yang dikenakan ke atas bangunan kediaman, perniagaan, perusahaan dan tanah kosong di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Lenggong

Cukai taksiran adalah berdasarkan proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan.

"Nilai Tahunan" ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan.

Siapa perlu menjelaskan cukai taksiran
Semua kadar Cukai Taksiran hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu...

Secara ringkasnya, jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, kedai pejabat, kedai makan, stesen minyak, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sekiranya anda penyewa, anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6). Akta 171 Kerajaan Tempatan, melindungi anda!

Kenapa perlu membayar cukai taksiran

Kutipan dari cukai taksiran adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

Tempoh pembayaran cukai taksiran

Cukai Taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi separuh tahun pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi separuh tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.

Pindaan Senarai Nilaian

Bagaimanakah Pindaan Senarai Nilaian boleh berlaku?
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171), seksyen 144 pindaan boleh di buat atas alasan berikut:


Pegangan berkadar yang sepatutnya telah dimasukkan dalam atau ditinggalkan dari Senarai Nilaian telah ditinggalkan dari atau dimasukkan dalam Senarai Nilaian, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau sesuatu pegangan berkadar telah dinilaikan dengan tidak mencukupi atau dengan berlebihan atau kerana apa-apa jua sebab lain,sesuatu pegangan berkadar telah tidak dimasukkan dalam Senarai Nilaian itu.

Apa-apa bangunan didirikan, diubahsuai, diubah, diruntuhkan atau dibina semula, atau lain-lain kemajuan dibuat pada sesuatu pegangan berkadar,nilainya telah dinaikkan.

Apa-apa bangunan atau bahagian sesebuah bangunan diruntuhkan atau apa-apa kerja lain dijalankan diatas pegangan berkadar, nilainya telah diturunkan.

Apa-apa pegangan berkadar yang telah dimasukkan dalam suatu nilaian bersama dan yang pada pendapat Pegawai Penilai sepatutnya telah dinilai secara berasingan atau selainnya.

Dikeluarkan apa-apa hak milik baru mengenai sesuatu pegangan.

Apa-apa perubahan pada pegangan berkadar disebabkan oleh mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan, yang mengakibatkan nilai pegangan itu naik atau turun.

Pegawai Penilai juga boleh pada bila-bila masa meminda Senarai Nilaian itu dengan sewajarnya dan kadar hendaklah kena dibayar mengenai pegangan yang berkenaan itu mengikut Senarai Nilaian yang dipinda sedemikian.

Satu Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) seksyen 144 akan di kemukakan kepada pemilik harta/ pegangan untuk memaklumkan Nilai Tahunan baru yang akan dikuatkuasakan.

Apakah Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian

Merupakan notis yang dikeluarkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh cukai dikuatkuasa bagi memaklumkan Nilai tahunan bagi sesebuah harta terlibat dengan pindaan baru ditentukan dan akan dikuatkuasakan.

Apakah peranan pemilik selepas menerima Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian

Bagi pemilik yang tidak berpuashati boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada pihak Majlis dalam tempoh yang ditetapkan dan setiap bantahan yang layak akan didengari sendiri oleh pihak Majlis melalui Mesyuarat Jawatankuasa Mendengar Bantahan. Bantahan boleh dibuat atas alasan-alasan seperti;

  • Harta/ pegangan dinilai lebih daripada sepatutnya.
  • Harta/ pegangan yang dinilai tidak boleh dikenakan cukai taksiran.
  • Harta/ pegangan tertinggal dan tidak dinilai.
  • Harta/ pegangan dinilai kurang dari kadar yang sepatutnya.
  • Harta/ pegangan dinilai secara bersama/ berasingan yang sepatutnya dinilai secara lain.
Permohonan Elaun Kekosongan

Sekiranya rumah tidak dapat disewakan:

Perlukah saya menjelaskan cukai taksiran walaupun rumah tidak berpenghuni?

Walaupun rumah tidak berpenghuni atau kosong, pemilik diwajibkan mambayar cukai taksiran tetapi boleh memohon elaun kekosongan.

  1. Elaun kosong boleh dipertimbangkan sekiranya syarat-syarat di bawah Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seperti dibawah in dipatuhi.
  2. Tuntutan boleh dibuat jika bangunan tersebut kosong (tidak dapat disewa) lebih dari sebulan.
  3. Pemilik hendaklah mengemukakan NOTIS (permohonan bertulis) mengenai kekosongan tersebut dalam tempoh 7 hari bermula dari tempoh kekosongan bangunan. Permohonan baru perlu dikemukakan pada setiap penggal (Januari/Julai) selama tempoh kekosongan bangunan tersebut.
  4. Dalam membuat tuntutan, pemilik mesti mengemukakan BUKTI yang memuaskan bagi perkara-perkara berikut:
    • Bangunan dalam keadaan baik dan layak diduduki
    • Telah berusaha mendapatkan penyewa
    • Sewa yang diminta adalah munasabah
    • Bangunan telah kosong dalam tempoh yang dituntut itu
Pengecualian Cukai Taksiran

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) seksyen 134 pegangan boleh dikecualikan dari Cukai Taksiran apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata;

  1. Sebagai tempat awam untuk sembahyang
  2. Sebagai tanah perkuburan atau tempat membakar mayat awam yang berlesen.
  3. Bagi sekolah awam
  4. Sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus, dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang, Pihak Berkuasa Negeri boleh menurut budi bicaranya, mengecualikan pegangan itu atau mana-mana bahagian pegangan itu dari pembayaran apa-apa kadar.
Bantahan Cukai

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) seksyen 142 pemilik harta bercukai dibolehkan membuat bantahan terhadap cukai yang dikenakan. Bantahan boleh dibuat Sekiranya seseorang itu terkilan atas mana-mana daripada alasan berikut:

  1. Bahawa sesuatu pegangan yang baginya dia dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar.
  2. Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar.
  3. Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya.
  4. Bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar.
  5. Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.
Pelaksanaan Tuntutan Notis E dan F

Jumlah Cukai Taksiran yang kena dibayar bagi setengah tahun pertama hendaklah dibayar sebelum 28hb Februari dan bagi setengah tahun kedua hendaklah dibayar sebelum 31hb Ogos pada tahun yang berkenaan.

Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya masih berhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam tiap-tiap tahun mengikut mana yang berkenaan, jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut bersama dengan bayaran notis yang ditetapkan.

Kadar bayaran Notis, Borang E adalah seperti berikut:
Jumlah Tunggakan Bayaran Notis
RM 20.00
RM 30.00
Kos tahunan Borang F yang dikenakan adalah seperti berikut:
Jumlah Tunggakan Kos Tahanan
RM 150.00
RM 300.00