E Penyertaan

Majlis Daerah Lenggong

Pengenalan

E-Peryertaan merupakan kemudahan yang disediakan bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan kajian atau soal selidik terhadap responden Majlis Daerah Lenggong daripada Komuniti Daerah Lenggong.

Polisi E-Penyertaan

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan dan Soal Selidik yang terdapat dalam Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lenggong.

  • Memuat naik, mengemel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut
  • Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lenggong
  • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
  • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.
  • Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
  • Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
  • Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini.
  • Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal.
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP
PERKHIDMATAN MAJLIS DAERAH LENGGONG

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji berkaitan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di MDL. Semua maklumat yang diperoleh melalui soal selidik akan dirahsiakan dan hanya akan digunakan untuk kajian ini sahaja.
Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjawab soal selidik ini.

Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian. Sila jawab kesemua bahagian.