Berita 18-05-2022

Penghargaan Kebersihan Tandas Awam di kawasan Majlis Daerah Lenggong


TANDAS AWAM BERSIH

Tahniah diucapkan kepada Tandas Awam Dataran Tasik Raban, Tandas Awam Stesen Minyak BHP dan Tandas Awam Stesen Minyak Petronas di atas kebersihan dan keceriaan tandas awam di kawasan Majlis Daerah Lenggong.

Masyarakat juga perlu ada sikap tanggungjawab untuk menjaga kebersihan Tandas Awam. Masyarakat perlu sedar bahawa menjaga dan menggunakan tandas dengan betul bukan sahaja penting dari segi kesihatan tetapi merupakan cerminan jati diri dan maruah kita sebagai satu bangsa yang maju dan bertamadun.

Sehubungan dengan itu, Majlis Daerah Lenggong berharap kerjasama dari semua pihak untuk menjaga keceriaan dan kebersihan Tandas Awam di kawasan kita.