Berita 23-06-2022

Cadangan Waktu Pengoperasian Premis Makanan

image-0
image-1
image-2
image-3
image-4

*PEMBERITAHUAN

CADANGAN WAKTU PENGOPERASIAN PREMIS MAKANAN SEMPENA PROGRAM ‘THE 5th ROGAINING CHAMPIONSHIP 2022 LENGGONG EDITION DAN LENGGONG OUTDOOR FESTIVALS 2022’.

Dimaklumkan bahawa Daerah Kecil Lenggong telah terpilih sebagai lokasi bagi melaksanakan Program THE 5th ROGAINING CHAMPIONSHIP 2022 LENGGONG EDITION pada 24 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022 dan LENGGONG OUTDOOR FESTIVALS 2022 pada 1 Julai 2022 hingga 3 Julai 2022.

Oleh itu, Majlis memohon agar semua pengusaha premis makanan minuman dapat memanjangkan waktu operasi kedai makan seperti yang dicadangkan. Hal ini kerana, program ini melibatkan peserta-peserta dari dalam dan luar negara. Dianggarkan lebih dari 1000 pengunjung luar akan hadir serta menginap di Lenggong sepanjang dua program ini berlangsung.
Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.