Berita 20-04-2022

Sesi Menandatangani Perjanjian Penyerahan Hak Penjagaan Kawasan Kompleks GUA Tok Giring

news

SESI MENANDATANGANI PERJANJIAN PENYERAHAN HAK PENJAGAAN KAWASAN KOMPLEKS GUA TOK GIRING

20 April 2022 - Projek pertama penyerahan hak penjagaan kawasan Majlis Daerah Lenggong bersama komuniti tempatan.

Kompleks Gua Tok Giring adalah salah satu kawasan yang termasuk dalam geotapak yang berada di perbukitan Kepala Gajah. Ada lebih daripada 20 buah gua, seperti Gua Gunung Runtuh, Gua Kajang, Gua Teluk Kelawar dan Gua Ngaum. Gua yang terbesar ialah Gua Kajang dengan saiz ketinggian dan lebar mencapai 12.4 m dan 11m serta panjang mencapai 42 m. Kebanyakan gua berada pada paras tanah dasar bukit batu kapur dan terbentuk daripada aliran sungai bawah tanah.

Kompleks Gua Tok Giring kini dikawal selia oleh Team Hiking Lenggong yang diketuai oleh En. Azlin.