MENU

 

PIAGAM PELANGGAN

MAJLIS DAERAH LENGGONG

 

"Kami menjamin perkhidmatan yang berkualiti dan cekap serta  memberi layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu anda"

  • Memproses permohonan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) melalui OSC dalam tempoh 57 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Memproses kelulusan permohonan serentak (melibatkan perihal tanah)  melalui OSC dalam tempoh
    139 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Memproses kelulusan permohonan Pelan Bangunan melalui OSC dalam tempoh 37 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Memberikan keputusan permohonan Permit Bangunan Sementara dan Permohonan Pembaikan Kecil dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Memberikan keputusan permohonan Lesen Premis Perniagaan dalam tempoh 30 hari bagi kategori perniagaan berisiko dan serta merta bagi kategori perniagaan tidak berisiko.
  • Memberikan keputusan permohonan Lesen Iklan / Kain Rentang / Pameran dalam tempoh 1 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Memberikan keputusan permohonan sewa gerai dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput setiap 2 kali sebulan.
  • Menjalankan kerja kutipan sampah di kawasan Pekan Lenggong setiap hari kecuali pada hari Ahad.
  • Menjalankan kerja pembersihan parit dan longkang di kawasan Pekan Lenggong setiap hari kecuali pada hari Ahad.
  • Memberi keputusan Tukar Nama Pegangan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Urusan bayaran di kaunter hasil akan mengambil masa tidak melebihi 5 minit jika bil-bil yang berkaitan dikemukakan.
  • Menyelesaikan tuntutan bayaran bil dalam tempoh 14 hari daripada tarikh invois diterima.
  • Menjawab aduan awam melalui surat dalam tempoh 3 hari daripada tarikh aduan diterima.