MENU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk makluman warga Lenggong, pihak majlis dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan YaPEIM akan mengadakan 'Program Komuniti Bersama Rakyat Lenggong' pada ketetapan berikut:
Tarikh : 12 - 13 Julai 2018
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Ruang Parkir, Majlis Daerah Lenggong

Antara perkhidmatan yang ditawarkan

1) Perkhidmatan bergerak Tabung Haji - Mobile Kaunter
Pembukaan akaun baru,pendaftaran haji, pendaftaran keahlian kelab TaHa, pendaftaran kelab TaHa@U, mengemaskini maklumat peribadi/penamaan, pendaftaran internet banking TH, Pendaftaran THiJaARI, menerima borang potongan gaji diri dan keluarga, pendaftaran umrah/pakej pelancongan.
2) Yapiem Mobile
adalah gadaian , perkhidmatan menguji ketulenan emas; cuci emas secara percuma, khidmat pembelian dan penjualan emas, penjualan Produk YaPEIM Gold, Tabung Ibadah Qurban YaPEIM dan simpanan khas.

Semoga dengan adanya inisiatif ini dapat memudahkan urusan penduduk di daerah Lenggong.

Event Date: 
Thursday, 12 July 2018 - 10:00am to Friday, 13 July 2018 - 4:00pm